Dulu...lewat tahun 70 an..semasa balik mengaji al-quran, di kala melawati tanah lapang tepi sawah di kampung ku, riuh "klecunh".."klecunh", "klecunh".."klecunh" kedengaran bunyi Burung Tukang yang bertenggek di atas tiang pagar, atas tunggul kayu mati..atas batas sawah padi. Meriah, aman dan tenteram suana malam..tambah lagi kala malam bulan mengambang. Mungkin populasi Burung Tukang masa itu banyak..membiak tanpa gangguan di kampung ..suasana yang selamat dan sesuai untuk untuk beburung ini serta spesis burung burung lain juga.
Aku bersama adik ku selalu membaling batu jika terserempak dengan Burung Tukang bertenggek atas tiang pagar kayu tiap kali kami balik mengaji. Kami seronok kerana selepas di baling (bukan kena pun) burung itu terbang pergi..tetapi dia akan datang semula bertenggek di kayu itu. Kami baling lagi..ia terbang dan datang lagi..entah mengapa, mungkin ia jinak..atau pun ia bodoh. atau pun kami yang bodoh :)). Leka kami., teruskan perjalanan pulang ke rumah..sampai tepi rumah "klecunh" "klecunh" "klecunh" atas tunggul pokok mati di tepi halaman rumah. Burung tadi ikut kita balik ker?. Bukanlah..itu burung lain..dah dekat pukul 11 .OO malam dah. kerja rumah belum siap..esok sekolah.
Tapi kini semua sudah tiada..yang tinggal hanyalah kenangan. memori membaling Burung Tukang bersama adik. Sesekali aku balik ke kampung..tidak kedengaran lagi Burung Tukang. Tanah lapang tepi sawah sudah jadi Taman Perumahan dan deretan kedai makan..hingar bingar dengan deruman motor mat rempit, muzik liar dari kedai makan..habuk dan debu dari kederaan yang lalu lalang..asap dari gerai satay. Tiada lagi kedamaian dan kesucian desa. Tiada lagi kenteteraman hening kampungku yang dulu. Tiada lagi budak budak berlarian balik mengaji al-quran.
Burung Tukang bukanlah penting sangat, tak cantik pun ..malah rupanya buruk sekali..berbulu coklat pudar dan bermulut besar. Suaranya juga tidak lunak dan merdu. Tapi bagiku ..Burung Tukang adalah lambang kedamaian dan ketenteraman.
Kini yang tinggal adalah hasil pembangunan dan pemodenan zaman..sikit kebaikkan banyak keburukkan. Sekarang yang dikejar adalah wang ringgit..harta benda..nama..pangkat dan kedudukkan. Siapa cepat dia dapat.yang lembab keciciran..siapa lambat dia ketinggalan. Yang ada adalah dadah..mat rempit..bohsia ..bohjan..penyeluk saku..pencuri..penyamun dan perompak.
Bukan aku anti pembangunan dan pemodenan..tapi biarlah ia membangun bersama nilai nilai baik yang kita miliki dahulu. Sopan santun..budi bahasa..damai..riuh dalam sunyi..indah..tenteram dan aman. Biarlah pemodenan fizikal seiring bersama pembangunan rohaniah dan insaniah. Semangat pemodenan yang secocok dengan fitrah semulajadi manusia dan alam semesta.
Aku pun pening tak tahu dimana yang tak kena..dunia kah? negara kah? pemerintah kah?..masyarakat kah? keluarga kah? atau individu kah?..tapi aku rasa semuanya tak kena. Kita kena rawat setiap individu agar mempunyai jati diri anak malaysia ..agar keluarga kita mempunyai kasih sayang sejati..agar masyarakat kita tidak mementingkan diri..agar pemerintah kita bertanggungjawab sejati..agar negara kita berdaulat dan disegani..agar dunia kita sesuai diduduki.
hingga jupa lagi..
-HangNadim-
No comments:
Post a Comment